Tentang kelab

    Kelab Pengajian Am merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong yang ditubuhkan khusus untuk pelajar program persediaan universiti. Walaupun kelab ini diberi nama Kelab Pengajian Am namun kelab ini bukanlah sebuah kelab yang melibatkan atau bertunjangkan mata pelajaran pengajian am.Manakala pewujudan bagi Blog Kelab Pengajian Am SMK Seri Tanjong adalah merupakan suatu perancangan yang telah lama dirancang dan mendapat kata sepakat atas nasihat penasihat kelab, Puan Tian Chwee Siang. Disamping menjadi antara kelab yang memiliki laman webnya yang tersendiri. Namun antara motif  terciptanya blog ini adalah sebagai suatu pusat penghubung diantara ahli-ahli kelab yang baru mahupun lama untuk saling berhubung dan dapat mengetahiu perkembangan kelab dari masa ke semasa yang akan dikembangkan dari suatu generasi ke generasi yang lain.