Nota

11 1 Konsep don Ciri-ciri Negara

1. Negara ialah sebuah masyarakat bebas dan berdaulat yang terletak dalam had sempadan yang tertentu di mana rakyatnya diikat dan disatukan di bawah satu sistem kerajaan yang dapat memberi perlindungan dan bantuan bersama. 

2. Semua negara secara amnya mempunyai ciri-ciri berikut:
(a)    Wilayah atau sempadan yang jelas.
(b)   Bangsa yang menjadi penduduk di dalam sesebuah negara.
(c)    Kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang sistematik.
(d)   Kedaulatan yang berupaya menguruskan dalam hal ehwal negara dan luar negara dengan cekap.

3. Malaysia mempunyai ciri-ciri sebuah negara kerana Malaysia terdiri daripada tiga belas buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan yang masing-masing mempunyai sempadan sendiri dan sempadan antarabangsa.
4. Negeri-negeri yang dimaksudkan ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan pula terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
5. Bangsa Malaysia adalah rakyat atau warganegara sah yang terdiri daripada pelbagai keturunan antaranya:
(a)    Melayu
(b)   Cina
(c)    India
(d)   Orang ashi
(e)    Kadazan
(f)     Than dan sebagainya
6. Malaysia juga mempunyai sistem pemerintahan dan kerajaan yang sistematik, terdiri daripada:
(a)  Badan Perundangan — menggubal undang-undang
(b)  Badan Eksekutif — menguatkuasa dan melaksanakan undang­undang
(c)  Badan Kehakiman — mengadili undang-undang
7. Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana keupayaannya menangani hal ehwal dalam negara dan bebas menjalinkan hubungan dengan sebarang negara luar.
1.2 Sistem Kerajaan
1.      Kerajaan merupakan sistem pentadbiran yang bertanggungjawab menggubal, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan untuk sesebuah negara.
2.      Kerajaan di dunia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya:
(a)    Kerajaan Persekutuan
(b)   Kerajaan Konfederasi
(c)    Kerajaan Kesatuan