Thursday, April 28, 2011

1.1 Kenaikan Harga Bahan Api ,Pendahuluan

PENDAHULUAN




Kenaikan harga bahan api di pasaran antarabangsa semestinya membimbangkan semua pihak. Terkini harga minyak sudah melepasi paras
100 dolar Amerika setong dan ini cukup untuk mencetuskan suasana panik di kalangan pelabur dan pengguna minyak di seluruh dunia.

Punca-punca kenaikan harga minyak
(a) permintaan yang tinggi Permintaan tinggi terhadap komoditi tersebut dari negara-negara Asia dan Eropah memberi kesan kenaikan secara besar-besaran ke atas harga minyak dunia

(b)   kesan spekulasi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat Kesan ini turut mempengaruhi harga minyak kerana spekulasi tersebut dijangka akan meningkatkan permintaan ke atas komoditi ini
(c)   faktor cuaca Ketidaktentuan cuaca global seperti ribut tropika dan musim sejuk yang melanda Eropah dan Amerika Syarikat dijangka menyebabkan permintaan bagi bahan api akan meningkat tinggi
(d) bencana alam Kejadian taufan Hurricane, taufan Emily dari Mexico serta taufan Katrina turut menyumbang kepada kenaikan harga minyak dunia.

Kesan kenaikan harga bahan api kepada pengguna
(a) golongan yang berpendapatan rendah Golongan ini terpaksa mengikat perut apabila harga barangan asas seperti minyak, beras, tepung dan lain-lain meningkat. Keadaan ini memaksa mereka berbelanja lebih untuk mendapatkan bekalan. Ini belum lagi termasuk membayar keperluan lain seperti bil elektrik, bil air, yuran sekolah anak-anak dan lain-lain
(b)   golongan peniaga kecil Untuk mendapatkan semula modal yang dilaburkan, para peniaga terpaksa mengikut rentak kenaikan harga bahan api ini untuk mengelakkan mereka gulung tikar akibat kenaikan barangan antara 20`)/0 hingga 1000/0
(c)   golongan penduduk di bandar Mereka yang bergaji besar bukan lagi dikatakan mewah kerana jumlah tersebut sekadar cukup makan sebuah satu keluarga yang mempunyai dua atau tiga orang anak. Perbelanjaan bulanan wajib' seperti bayaran pinjaman rumah dan kereta, perbelanjaan harian anak-anak ke sekolah dan sebagainya sudah memakan' separuh daripada pendapatan yang diperoleh

(d) golongan penganggur siswazah Lonjakan harga barangan tanpa kawalan; dan pada masa yang sama upah yang diterima tidak setimpal, maka pengangguran bertambah dan akhirnya mencetuskan gejala sosial serta menghantui hidup masyarakat tidak kira sama ada di bandar mahupun di desa. Kekurangan kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi kerana tidak mampu dari segi kewangan akan menambahkan bebanan yang sedia ada.

Kesan kenaikan harga bahan api kepada negara
(a) bebanan kerajaan bertambah daripada segi tanggungan subsidi ke atas bahan api tersebut. Jika kerajaan mengurangkan subsidi dan menaikkan harga runcit minyak, keadaan itu pula akan membebankan rakyat apabila harga  barangan meningkat
(b)   harga minyak yang tinggi secara berterusan akan menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang besar, justeru defisit ekonomi juga akan menjadi lebih besar
(c) jika defisit negara menjadi besar, penarafan pelabur terhadap negara ini akan menjadi rendah dan ini akan mengurangkan kemasukan pelabur ke negara ini
(d) kenaikan kadar inflasi akan berlaku jika kenaikan harga barang ini tidak dibendung. Kenaikan kadar inflasi yang relatif/tinggi berbanding dengan peningkatan pendapatan telah menyebabkan kuasa beli rakyat merosot dengan ketara dan akhirnya kos sara hidup meningkat tetapi taraf hidup rakyat jatuh dan merosot.

Langkah-langkah untuk mengharungi situasi kenaikan liarga minyak
(a) menukar gaya hidup Berbelanja mengikut kemampuan diri Contoh, jika sebelum ini gemar membeli belah pada setiap hujung minggu, maka tukarkan amalan ini kepada sebulan sekali
(b) berjimat cermat Mengamalkan amalan menabung dengan tidak membelanjakan kesemua wang yang diperoleh
(c) berkongsi kenderaan Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran penggunaan petrol dan pada masa yang sama dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya (d) amalan kitar semula Barang-barang yang boleh dikitar seperti tin, botol dan surat khabar lama boleh digunakan semula untuk tujuan lain




(e) mengambil keadaan ini sebagai ruang memperbaiki dini Kenaikan harga bahan api ini sedikit sebanyak mengajar' pengguna untuk kembali kepada asal, iaitu mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan
(a) menyahkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu bagi mengurangkan perbelanjaan selain menyusun perbelanjaan awam mengikut keutamaan, bukan mengikut projek atau perkara-perkara tertentu
(b)   menghentikan kenaikan tarif elektrik, air, tol, menurunkan cukai pendapatan ke atas rakyat bagi meringankan bebanan golongan berpendapatan rendah dan miskin
(c) menghapuskan cukai jalan bagi motosikal 250cc ke bawah dan motokar
1600cc ke bawah kerana kebanyakkan rakyat berpendapatan rendah memiliki pengangkutan seperti ini
(d)   memperkenalkan gaji minimum pada kuantum yang munasabah sekurangkurangnya pendapatan di bawah paras kemiskinan, iaitu gaji minimum RM1500 sebulan sama ada untuk untuk pekerja awam atau swasta
(e)  menghapuskan pengenaan kadar bunga ke atas pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer bagi kakitangan awam dan pinjaman pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta (f) mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang bersikap melampau dengan menaikkan harga barang.an sesuka hati terutamanya ketika menjelang

0 comments:

Post a Comment