This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, October 22, 2011

Rancangan Malaysia Ke-10

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10): Intipati Pembentangan

Pagi tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang menggariskan program pembangunan lima tahun negara sehingga 2015. Tapi memandangkan pada masa tu waktu pejabat, saya tidak dapat mengikuti pembentangan sehingga selesai. Hanya sempat mendengar beberapa perkara yang dibentang via televisyen yang dipasang di kaunter pejabat.
Nasib baik dapat sedikit maklumat daripada Berita Harian Online yang meng’update’ pembentangan tu dari semasa ke semasa. Jadi saya ingin kongsikan sedikit intipati pembentangan tersebut di sini. Laporan Ekonomi (RMK10) bagi tempoh 2011-2015 setebal 449 muka surat untuk edisi Bahasa Melayu dan 429 muka surat bagi edisi Bahasa Inggeris telah diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri berharga RM80. Boleh dapatkan kemudian.

INTIPATI PEMBENTANGAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK10)
Rancangan yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial” itu memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun berkenaan. Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am. RMK10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata rancangan itu amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Ia merupakan satu daripada empat tiang utama pentadbiran beliau ke arah menjadikan Malaysia negara berstatus pendapatan tinggi menjelang 2020. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).
RMK10 amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Rancangan ini menyasarkan Pendapatan Negara Kasar Perkapita meningkat kepada RM38,850 pada 2015, berbanding RM26,420 tahun 2010. Ini bermakna, kadar pertumbuhan ekonomi negara yang disasarkan adalah 6 peratus setahun berbanding 4.2 peratus setahun pada RMK9 (2006-2010).
Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. Bagaimanapun cabaran besar bagi negara adalah untuk memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun. Di samping itu, kerajaan juga komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

10 Premis Utama RMK10
  1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara;
  2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
  3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan;
  4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi;
  5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
  6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
  7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
  8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
  9. Menghargai khazanah alam sekitar.
  10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
5 Teras Strategik
Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. 5 teras tersebut ialah:
  1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).
  2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
  3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
  4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
  5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
Tumpuan Pembangunan
Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9. Beberapa tumpuan utama dalam RMK10 termasuklah:
  1. Tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka;
  2. Selaras dengan langkah untuk untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam, sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan;
  3. Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
  4. Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
  5. Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.
Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan  kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti, iaitu:
  1. Minyak dan gas
  2. Minyak sawit dan produk berkaitan
  3. Perkhidmatan kewangan
  4. Pemborongan dan peruncitan
  5. Pelancongan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  7. Perkhidmatan Pendidikan
  8. Elektrik dan elektronik
  9. Perkhidmatan perniagaan
  10. Penjagaan kesihatan swasta
  11. Pertanian
  12. Greater Kuala Lumpur
52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion diwujudkan
Kerajaan akan mewujudkan 52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion, antaranya 7 lebuh raya (RM15 billion), janakuasa arang batu (RM10 billion) dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

Undang-undang kebankrapan dipermudah
Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

Sekolah Amanah akan diperkenalkan
KUALA LUMPUR: Sekolah Amanah atau Trust Schools akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah kerajaan yang terpilih. Sekolah terbabit akan diberi autonomi oleh kerajaan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Autonomi yang akan diberikan termasuk keanjalan untuk mengubah suai kurikulum pembelajaran, menggunakan peruntukan mengikut keperluan, memberi insentif kepada guru mengikut tahap prestasi serta memilih guru dan staf sokongan.

Dana Mudahcara (Facilitation Fund)
Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta. Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

Pembangunan Inovasi
Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada. Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.
Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

Pemilikan Ekuiti Bumiputera
Sasaran RMK10 adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal. Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera telah digariskan yang meliputi usaha:
  1. Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian;
  2. Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera;
  3. Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera;
  4. Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas;
  5. Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah
Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini. Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.
Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

Pemberian Subsidi
Sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan penyelewengan pasaran dan penyelewengan. Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat. Kerajaan memberi jaminan dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing.

Projek Jalur Lebar
Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

Lebuhraya dan Pengangkutan
Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMKe-10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf. Selain itu, pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk juga akan dilaksanakan.
Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

Bekalan Air dan Loji Rawatan
Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama. Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak. Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

Bekalan Tenaga
Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat. Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar juga akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.

Perluasan Pelaburan dan Bantuan Modal
  1. Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.
  2. Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
  3. Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
Rumusan
Bagi melaksanakan program pembangunan RMKe-10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran am.
Apa yang menariknya, Perdana Menteri turut mengaitkan pembentangan RMK10 kali ni dengan semangat Piala Dunia yang akan bermula esok. Perdana Menteri berkata rakyat negara ini bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.
Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya. Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensina bagi mencapai kejayaan.
Kita berharap agar RMK10 yang dirancang kali ini dapat dilaksanakan seperti apa yang tertulis di atas kertas.

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA

KAJIAN SEMULA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA, 1991-2000

I : PENDAHULUAN
2.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000, telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), yang bertujuan untuk mencapai pembangunan seimbang. Rangka kerja umum pembangunan ekonomi yang diterapkan dalam DPN telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah ekonomi moden yang berasaskan industri dan hasilnya telah menyaksikan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Pada tahun 1998, ekonomi telah mengalami kemelesetan yang paling teruk disebabkan krisis kewangan Asia. Kerajaan kemudiannya telah memperkenalkan beberapa langkah yang berjaya memulihkan ekonomi dan meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
II : TERAS DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
2.02 Teras utama DPN adalah untuk mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, memastikan pembangunan yang seimbang antara sektor-sektor utama ekonomi, mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan dari segi sosial, ekonomi dan wilayah dan memastikan kesejahteraan hidup di samping menerapkan nilainilai sosial dan kerohanian yang positif. DPN juga memberi keutamaan kepada pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai sebuah komponen penting dalam perancangan pembangunan dan memastikan perlindungan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan negara yang mampan dalam jangka panjang.
2.03 Di samping mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru, DPN juga telah memperkenalkan beberapa dimensi baru. Dimensi baru ini termasuklah mengalihkan tumpuan strategi pembasmian kemiskinan ke arah menangani masalah ketermiskinan, menekankan pewujudan guna tenaga dan pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif sebagai strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera yang bermakna dalam sektor ekonomi yang moden, lebih bergantung kepada sektor swasta untuk mencapai objektif penyusunan semula masyarakat dan mengukuhkan pembangunan sumber manusia
II : KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN, 1991-2000
2.04 Dalam tempoh RRJP2, ekonomi Malaysia terus mengalami perubahan struktur. Negara telah menyaksikan pengukuhan dalam asas sektor pembuatan dari segi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi serta komposisi industri. Saiz sektor perkhidmatan telah berkembang dan kualitinya telah meningkat. Perubahan dalam struktur pengeluaran juga telah dicerminkan oleh corak guna tenaga dan komposisi eksport.
Pencapaian Ekonomi Makro
2.05 Pada keseluruhannya, ekonomi telah berkembang pada kadar purata 7.0 peratus setahun dan mencapai matlamat bagi tempoh RRJP2 walaupun ekonomi mengalami masalah krisis kewangan dalam tahun 1997-1998 seperti yang dibincangkan dalam Kotak 2-1. Kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam persekitaran kadar inflasi dan pengangguran yang rendah. Pendapatan per kapita telah meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun dan bertambah dua kali ganda daripada RM6,298 kepada RM13,359 pada akhir tempoh RRJP2. Per kapita dalam kuasa beli pariti (PPP) telah meningkat sebanyak 5.3 peratus setahun kepada USD8,852 atau 2.5 kali lebih tinggi daripada per kapita pendapatan sebanyak USD3,516.
2.06 Dalam tempoh RRJP2, produktiviti faktor keseluruhan (TFP) telah menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada pertumbuhan keseluruhan sementara sumber utama pertumbuhan ialah tenaga buruh dan modal seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-1. Sumbangan yang tinggi daripada modal adalah hasil daripada kadar pertumbuhan pelaburan yang pesat dalam tempoh tujuh tahun pertama Rancangan, yang telah meningkatkan kapasiti pengeluaran tetapi belum menghasilkan pengeluaran sepenuhnya. Sesetengah pelaburan mempunyai tempoh matang yang panjang terutamanya projek infrastruktur yang dibina untuk memenuhi permintaan masa hadapan. Dalam tempoh separuh kedua RRJP2, kejatuhan mendadak permintaan dalam negeri berikutan krisis kewangan telah mengakibatkan lebihan kapasiti yang menyebabkan penurunan TFP.


2.07 Dalam tempoh 1990-1999, TFP bagi sektor pembuatan dianggar telah meningkat sebanyak 5.1 peratus seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-2. Industri makanan dan minuman, perabut, keluaran kaca dan tanah liat, jentera am, jentera elektrik dan pembuatan lain telah mencatatkan kenaikan TFP yang lebih tinggi semasa tempoh separuh pertama RRJP2, sementara industri jentera am serta industri berasaskan sumber seperti tekstil dan pakaian, keluaran kayu dan perabut mengalami pertumbuhan TFP yang lebih tinggi semasa tempoh separuh kedua RRJP2. Dalam tempoh 1990-1999, industri makanan dan minuman, perabut, keluaran kaca dan tanah liat, jentera am, jentera elektrik dan pembuatan lain telah merekodkan pertumbuhan TFP yang lebih pesat berbanding dengan pertumbuhan TFP keseluruhan bagi sektor pembuatan. Prestasi TFP pada peringkat firma dibincangkan dalam Kotak 2-2.
2.08 Nisbah tambahan modal kepada pengeluaran (ICOR) telah meningkat secara purata daripada 3.3 pada tahun 1990 kepada 3.5 pada tahun 2000 dan secara puratanya 6.1 bagi keseluruhan tempoh RRJP2. ICOR yang tinggi tersebut menunjukkan kejatuhan yang mendadak dalam kecekapan modal disebabkan oleh penggunaan kapasiti yang rendah semasa kejatuhan ekonomi. Pelaburan yang besar dalam projek infrastruktur dan industri berat yang mempunyai tempoh matang yang panjang turut menyumbang kepada ICOR yang tinggi.
2.09 Dari segi permintaan, penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi ialah perbelanjaan swasta serta eksport barangan dan perkhidmatan bukan-faktor seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-3. Pelaburan swasta berkembang pada kadar purata sebanyak 2.9 peratus setahun, jauh lebih rendah daripada matlamat sebanyak 8.0 peratus setahun disebabkan oleh penguncupan ekonomi yang teruk pada tahun 1998 seperti ditunjukkan dalam Carta 2-1. Dalam tempoh tujuh tahun pertama RRJP2, pelaburan swasta merupakan pemangkin utama pertumbuhan dan berkembang pesat pada kadar 17.0 peratus setahun hasil daripada kedudukan ekonomi yang lebih baik, kadar cukai syarikat yang lebih rendah dan peningkatan dalam elaun pelaburan semula. Pelaksanaan pesat program penswastaan telah menjana pelaburan dalam negeri terutamanya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan perkhidmatan sosial. Di samping itu, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang besar ke dalam sektor pembuatan untuk peningkatan kapasiti dalam industri berorentasikan eksport termasuk sektor minyak dan gas serta pelaburan dalam bidang yang berintensif modal dan berteknologi tinggi turut menyumbang kepada kadar pelaburan swasta yang tinggi. Galakan FDI telah diperkukuhkan dengan pengenalan beberapa pakej insentif tambahan pada tahun 1996 untuk menarik syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menubuhkan operasi mereka dalam Koridor Raya Multimedia (MSC).

2.10 Penggunaan swasta telah berkembang pada kadar 5.5 peratus lebih rendah daripada matlamat asal sebanyak 7.2 peratus setahun terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang lebih berhemat. Usaha Kerajaan bagi menggalakkan tabungan dalam negeri serta mengawal inflasi juga telah menyumbang kepada perbelanjaan yang lebih rendah. Di samping itu, kesan negatif kekayaan berikutan daripada krisis kewangan turut mempengaruhi sentimen pengguna yang telah menyebabkan penguncupan dalam perbelanjaan pada tahun 1998.
2.11 Pelaburan awam telah berkembang sebanyak 10.5 peratus setahun berbanding dengan matlamat penurunan sebanyak 0.4 peratus setahun dalam tempoh RRJP2. Kebanyakan daripada pelaburan awam telah dilaksanakan oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) terutamanya Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad untuk membiayai program pengembangan dan pemodenan terutamanya dalam tujuh tahun pertama RRJP2. Peningkatan ini juga adalah hasil daripada pakej rangsangan fiskal yang dilancarkan oleh Kerajaan pada awal tahun 1998 bagi menjana pemulihan ekonomi. Tumpuan pelaburan sektor awam adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi menyokong inisiatif sektor swasta dan memenuhi permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan yang lebih baik daripada masyarakat yang semakin mewah. Penggunaan awam yang merupakan 20.5 peratus daripada perbelanjaan penggunaan telah berkembang pada kadar 5.5 peratus setahun selaras dengan dasar fiskal berhemat Kerajaan.
2.12 Eksport telah memainkan peranan yang semakin penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RRJP2 terutamanya dalam menerajui pemulihan ekonomi keluar dari krisis kewangan. Sektor tersebut telah berkembang pada kadar 16.7 peratus dalam tempoh RRJP2. Sumbangan eksport daripada perkakasan dan peralatan jentera elektronik dan elektrik semakin meningkat iaitu sebanyak 61.6 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 2000 berbanding 33.3 peratus pada tahun 1990 seperti ditunjukkan dalam Carta 2-2. Permintaan yang kukuh terhadap produk ini adalah terutamanya disebabkan oleh kebimbangan terhadap masalah Pepijat Alaf (Y2K), pertumbuhan pesat Internet, telefon mudah alih dan telekomunikasi serta keperluan meningkatkan teknologi bagi tujuan meningkatkan daya saing. Import telah berkembang pada kadar purata 14.7 peratus setahun dalam tempoh RRJP2. Disebabkan kandungan import yang tinggi dalam struktur pengeluaran, pertumbuhan pesat sektor pembuatan telah menghasilkan import barangan modal yang lebih tinggi sebanyak 12.1 peratus dan barangan perantaraan sebanyak 16.2 peratus seperti ditunjukkan dalam Carta 2-3.
2.13 Kedudukan imbangan pembayaran terus kukuh pada akhir tempoh RRJP2 berikutan pertumbuhan pesat barangan eksport seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-4. Akaun barangan telah mencatatkan lebihan bagi keseluruhan tempoh RRJP2 dengan lebihan terbesar sebanyak RM86.5 bilion dicatatkan pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, akaun perkhidmatan masih mengalami defisit terutamanya disebabkan oleh aliran keluar bersih pendapatan pelaburan yang kebanyakannya berpunca daripada penghantaran pulang keuntungan dan dividen oleh pelabur asing. Di samping itu, bayaran yang tinggi bagi tambang dan insurans, bayaran kontrak dan yuran profesional serta penghantaran pulang pendapatan oleh pekerja asing juga menyumbang kepada defisit ini. Walau bagaimanapun, dasar yang dilaksanakan bagi mengukuhkan akaun perkhidmatan telah menghasilkan beberapa perubahan struktur yang menggalakkan terutamanya dalam subsektor perjalanan dan pendidikan serta pengangkutan lain. Subsektor pengangkutan lain telah mencatatkan lebihan semenjak 1994 sementara kemasukan bersih subsektor perjalanan telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Namun, lebihan dalam akaun barangan telah dapat mengimbangi defisit akaun perkhidmatan dan menghasilkan peningkatan yang ketara dalam akaun semasa yang telah beralih kepada kedudukan lebihan bermula pada tahun 1998 seperti ditunjukkan dalam Carta 2-4.

2.14 Akaun modal jangka panjang dalam imbangan pembayaran telah mencatatkan
aliran masuk bersih sebanyak RM130.1 bilion dalam tempoh RRJP2. Ini berikutan daripada aliran masuk bersih modal jangka panjang swasta berjumlah RM107.5 bilion hasil daripada kemasukan pelaburan langsung jangka panjang. Di samping itu, modal rasmi jangka panjang berjumlah RM22.6 bilion yang sebahagian besarnya adalah pinjaman luar negeri oleh PABK untuk membiayai program perkembangan dan permodenan mereka. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan telah mencatatkan pembayaran bersih dalam tempoh RRJP2. Hasil daripada kedudukan kewangannya yang kukuh berserta dengan iltizamnya untuk mengawal hutang luar negeri pada tahap yang boleh diurus, Kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran terdahulu secara terpilih bagi pinjamannya yang lebih mahal dalam tempoh separuh pertama RRJP2. Oleh yang demikian, hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan telah menurun daripada RM24.7 bilion pada akhir tahun 1990 kepada RM13 bilion pada akhir tahun 1997. Walau bagaimanapun, disebabkan krisis kewangan, Kerajaan telah membuat beberapa pinjaman luar negeri yang berjumlah sebanyak RM3.9 bilion dalam tempoh 1999-2000 bagi membiayai perbelanjaan untuk pemulihan ekonomi. Berikutan itu, imbangan keseluruhan dalam imbangan pembayaran yang mengambilkira akaun semasa serta aliran modal jangka pendek dan panjang telah mencatatkan lebihan sebanyak RM86.5 bilion. Rizab Bank Negara Malaysia telah meningkat kepada RM113.5 bilion yang mampu menampung 4.5 bulan import tertangguh pada akhir tempoh Rancangan.
2.15 Nisbah harga eksport dan import dalam tempoh RRJP2 telah meningkat sedikit pada kadar 0.5 peratus setahun disebabkan harga yang tinggi bagi komoditi eksport utama seperti minyak kelapa sawit, kayu balak, kayu yang digergaji, petroleum dan gas cecair asli. Seiring dengan aliran tersebut, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam kuasa beli sebenar telah berkembang sebanyak 7.8 peratus setahun, lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan keluaran sebanyak 7.0 peratus setahun.
2.16 Pengukuhan pembiayaan awam telah diteruskan dalam tempoh RRJP2, menghasilkan lebihan fiskal dalam tahun 1993-1997 berikutan pengurusan fiskal berhemat dan program penswastaan. Krisis kewangan telah memaksa Kerajaan melancarkan sebuah pakej rangsangan fiskal pada tahun 1998 bagi menampung kejatuhan yang ketara dalam pelaburan swasta. Namun demikian, akaun sektor awam telah mencatatkan lebihan keseluruhan sebanyak 1.3 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK). Pada masa yang sama, defisit keseluruhan akaun Kerajaan Persekutuan berada pada tahap 1.0 peratus daripada KNK. Walaupun peratusan hasil Kerajaan Persekutuan kepada KNK telah menurun iaitu daripada 25.9 peratus pada tahun 1990 kepada 19.9 peratus pada tahun 2000 ianya telah meningkat pada kadar purata sebanyak 7.7 peratus setahun. Ini adalah berikutan peningkatan kutipan hasil yang lebih tinggi dari cukai pendapatan syarikat dan petroleum, cukai perkhidmatan dan jualan serta hasil bukan cukai sejajar dengan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan dalam tempoh tujuh tahun pertama RRJP2 serta pemulihan dalam permintaan aggregat dan harga minyak mentah yang lebih baik dalam tempoh 1999-2000. Saiz perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dalam peratusan kepada KNK juga menurun daripada 21.9 peratus pada tahun 1990 kepada 18.2 peratus pada tahun 2000. Emolumen yang merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan mengurus meningkat sedikit daripada 8.0 peratus kepada KNK pada tahun 1990 kepada 8.1 peratus pada tahun 2000. Di samping itu, peratusan penjawat awam, termasuk anggota tentera dan polis, kepada jumlah penduduk telah menurun daripada 4.7 peratus kepada 4.2 peratus dalam tempoh yang sama.
2.17 Pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RRJP2 dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah dan harga yang stabil pada kadar purata 3.4 peratus setahun, seperti ditunjukkan dalam Carta 2-5. Dalam tempoh separuh pertama RRJP2, Kerajaan telah melancarkan pakej anti-inflasi yang komprehensif untuk mengekalkan harga pada tahap yang rendah dan stabil. Kerajaan, antara lain, telah melaksanakan dasar fiskal yang berhemat dengan mengawal perbelanjaan mengurus dan menumpukan perbelanjaan pembangunan kepada projek-projek yang dapat mengurangkan kekangan infrastruktur dan bekalan. Duti import ke atas lebih daripada 3,000 barangan telah dikurangkan atau dimansuhkan untuk menurunkan harga dan mengurangkan kos bagi menjalankan perniagaan. Di samping itu, kempen anti-inflasi telah dilancarkan bagi mendidik orang awam mengenai punca dan kesan inflasi. Walau bagaimanapun, kejatuhan mendadak nilai Ringgit semasa krisis telah meningkatkan harga pengeluar dan pengguna. Untuk menangani keadaan ini, Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah gabungan fiskal, kewangan dan pentadbiran yang berjaya mengawal kadar inflasi pada paras 2.2 peratus dalam tempoh 1999-2000.
2.18 Dalam tempoh RRJP2, negara telah mencapai satu tahap tabungan yang tinggi pada kadar purata 38.0 peratus daripada KNK berbanding dengan 36.8 peratus bagi pelaburan. Peratusan tabungan kepada KNK meningkat daripada

31.6 peratus pada tahun 1990 kepada 39.0 peratus pada tahun 2000 hasil daripada kejayaan kempen untuk meningkatkan tabungan dalam negeri. Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar tabungan tersebut ialah pendapatan bolehguna yang lebih tinggi, peningkatan sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, perkembangan skim unit amanah, pengenalan instrumen simpanan dan instrumen hutang swasta yang baru, peningkatan deposit dalam sistem perbankan Islam dan nisbah pergantungan yang lebih rendah. Di samping itu, lebihan sektor awam juga menyumbang kepada peningkatan tabungan dalam negeri. Ini menghasilkan lebihan keseluruhan dalam kedudukan sumber negara.
Guna Tenaga, Upah dan Produktiviti
2.19 Dalam tempoh RRJP2 peluang pekerjaan telah meningkat pada kadar tahunan purata sebanyak 3.3 peratus. Oleh kerana kadar permintaan buruh berkembang lebih cepat berbanding dengan pertumbuhan tenaga buruh, kadar pengangguran berada pada tahap yang rendah iaitu pada purata 3.1 peratus dalam tempoh tersebut. Keadaan pasaran buruh adalah ketat terutamanya dalam sektor pembinaan dan pembuatan. Oleh itu, sebagai langkah sementara Kerajaan telah membenarkan pengambilan pekerja asing mengikut keperluan.
2.20 Tempoh RRJP2 turut menyaksikan perubahan struktur dalam guna tenaga berikutan daripada peningkatan dalam intensiti modal dan penggunaan teknologi baru. Permintaan terhadap pekerja yang berkemahiran tinggi dan berpelajaran juga telah meningkat. Jenis pekerjaan yang telah berkembang paling pesat adalah daripada kategori profesional dan teknikal serta kategori pengurusan dan pentadbiran yang meliputi 28.8 peratus daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan dalam tempoh RRJP2.
2.21 Produktiviti buruh yang diukur melalui KDNK bagi setiap pekerja meningkat pada kadar 3.6 peratus setahun terutamanya pada akhir tempoh RRJP2 berikutan peralihan kepada proses pengeluaran berteknologi lebih tinggi dan peningkatan penggunaan buruh. Kenaikan kadar upah di kebanyakan sektor ekonomi adalah kecil dengan kenaikan tertinggi dalam subsektor perkhidmatan lain yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus setahun. Walau bagaimanapun, kenaikan upah keseluruhan sebanyak 1.5 peratus setahun adalah lebih rendah berbanding dengan pertumbuhan produktiviti bagi semua sektor yang menunjukkan penurunan kos seunit buruh.
2.22 Untuk memastikan terdapat hubungan yang lebih rapat antara upah dan produktiviti, Kerajaan telah memperkenalkan Garis Panduan Sistem Reformasi Gaji pada tahun 1996. Sebanyak 114 buah syarikat telah menerima pakai ciriciri sistem upah yang berkaitan dengan produktiviti (PLWS) dalam perjanjian bersama mereka. Seminar, bengkel dan lawatan ke syarikat-syarikat telah diadakan bagi menggalak firma untuk menerima pakai PLWS. Di samping itu, Perbadanan Produktiviti Negara telah menyediakan sebuah pengkalan data dalam Internet bagi menanda aras produktiviti di sektor pembuatan dan pertanian.
Pertumbuhan dan Perubahan Sektor
2.23 Dalam tempoh RRJP2, sektor pembuatan telah berkembang sebanyak10.4 peratus setahun dan menerajui pertumbuhan ekonomi seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-5. Sektor tersebut telah menyaksikan peningkatan dalam kecekapan pengeluaran dan keupayaan, perkembangan berterusan industri berorientasikan eksport serta pasaran yang lebih pelbagai. Tumpuan yang lebih telah diberikan kepada kualiti dan rekabentuk barangan, automasi dan penggunaan mesin, persaingan harga dan sistem pengedaran. Kemajuan telah dicapai dalam menggalakkan industri berintensif modal dan berteknologi tinggi seperti yang ditunjukkan oleh jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan. Selaras dengan dasar yang menggalakkan industri berintensif modal, nisbah pekerja bagi setiap RM1 juta pelaburan telah menurun daripada 6.03 pada tahun 1990 kepada 2.62 pada tahun 2000.
2.24 Subsektor keluaran elektrik dan elektronik telah menjadi lebih berintensif modal terutamanya dalam pengeluaran papan induk komputer, media cakera keras dan wafer silikon. Subsektor tersebut telah mempelbagaikan keluarannya kepada barangan yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi terutamanya barangan elektronik pengguna dan industri dan telah mengalami perubahan struktur dalam eksport. Eksport kelengkapan dan komponen elektronik telah berkembang sebanyak 38.6 peratus setahun dalam tempoh 1991-2000 dan melebihi eksport separa-konduktur dari segi kadar pertumbuhan dan saiz. Peratusan kelengkapan dan komponen elektronik kepada jumlah keseluruhan eksport elektronik telah meningkat daripada 23.9 peratus pada tahun 1990 kepada 57.4 peratus pada tahun 2000, sementara peratusan separa-konduktor telah merosot daripada 76.1 peratus kepada 42.6 peratus. Di samping itu, subsektor bahan keluaran kimia industri dan bahan kimia yang lain merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran sektor pembuatan.

2.25 Sektor pembinaan telah berkembang pesat terutamanya dalam tempoh 19911997. Subsektor kejuruteraan awam telah dirangsang oleh penswastaan projekprojek infrastruktur dan kejuruteraan awam yang besar seperti jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang, penghantaran tenaga, telekomunikasi, pengangkutan rel dan pelabuhan. Perkembangan aktiviti dalam subsektor kediaman telah disokong oleh peningkatan dalam permintaan berikutan pendapatan bolehguna yang lebih tinggi. Penggalakan industri pelancongan turut menyumbang kepada pembangunan subsektor bukan kediaman terutamanya hotel, pusat peranginan dan padang golf. Walau bagaimanapun, berikutan krisis kewangan, sektor pembinaan telah menguncup sebanyak 23.0 peratus pada tahun 1998 dan 5.6 peratus pada tahun 1999, sebelum mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus pada tahun 2000.
2.26 Sektor pertanian telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.5 peratus setahun yang disumbang terutamanya oleh subsektor kelapa sawit dan makanan. Dalam tempoh RRJP2, terdapat perubahan dalam penggunaan tanah dan tenaga buruh daripada subsektor getah dan koko kepada subsektor kelapa sawit. Sejajar dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga, pembangunan sektor ini telah diorientasikan semula ke arah penggunaan sumber secara optimum dalam kedua-dua subsektor komoditi industri dan makanan melalui peningkatan produktiviti dan daya saing.
2.27 Dalam tempoh RRJP2, sektor perkhidmatan telah berkembang pada kadar purata sebanyak 8.3 peratus setahun dan peratusannya kepada KDNK telah meningkat kepada 51.7 peratus. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membangunkan sektor perkhidmatan sebagai sumber baru pertumbuhan di samping meningkatkan daya saing industri perkhidmatan sebagai persediaan menghadapi persekitaran yang lebih liberal. Dasar tersebut termasuklah penggalakan perkhidmatan berorientasikan eksport dalam subsektor pelancongan, pendidikan, kesihatan, khidmat pakarunding serta pengangkutan udara dan laut. Di samping itu, pembangunan komunikasi bertahap tinggi, perkhidmatan berkaitan dengan komputer dan perkhidmatan kewangan telah dipergiatkan.
2.28 Dalam sektor perkhidmatan, subsektor kewangan dan pengangkutan telah berkembang pesat seiring dengan peningkatan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa. Pelbagai projek infrastruktur yang telah disiapkan seperti lebuhraya, perkhidmatan keretapi komuter berelektrik, rel transit ringan, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) serta Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, di samping perkembangan pesat bidang telekomunikasi telah memberangsangkan pertumbuhan subsektor pengangkutan dan komunikasi. Bekalan tenaga dan air menjadi perkhidmatan sokongan yang semakin penting bagi sektor industri yang berkembang pesat. Di samping itu, pertumbuhan subsektor perdagangan borong dan runcit, perhotelan dan restoran yang lebih kukuh menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong serta perbelanjaan pengguna berikutan daripada pertambahan pendapatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi.
Kemajuan Objektif Pengagihan
2.29 Terdapat hasil yang berbeza-beza dicatatkan dari segi pencapaian objekif pengagihan. Dalam aspek pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula guna tenaga, negara telah mencapai perkembangan yang ketara dalam tempoh RRJP2. Kemajuan juga telah dicatatkan dalam pembangunan MPPB. Walau bagaimanapun, pemilikan ekuiti korporat oleh Bumiputera telah menurun ke paras yang lebih rendah daripada paras yang dicatatkan pada tahun 1990.
2.30 Pembasmian kemiskinan. Kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah menurun daripada 16.5 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-6. Bilangan isirumah miskin telah berkurang sebanyak kira-kira 39 peratus kepada 351,100 pada tahun 1999. Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar telah menurun hampir separuh daripada paras pada tahun 1990. Kadar ketermiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah jatuh daripada 3.9 peratus atau 137,100 isirumah pada tahun 1990 kepada 1.4 peratus atau 64,100 isirumah pada tahun 1999.
2.31 Pengagihan Pendapatan. Purata kasar bulanan pendapatan isirumah bagi penduduk Malaysia telah meningkat dua kali ganda kepada RM2,472 pada tahun 1999. Purata pendapatan isirumah 40 peratus terendah telah meningkat sebanyak 11.7 peratus setahun, lebih rendah berbanding dengan kadar yang dicatatkan oleh kategori pendapatan isirumah 20 peratus teratas dan 40 peratus pertengahan. Pada tahun 1999, isirumah berpendapatan 20 peratus teratas memiliki 50.5 peratus daripada pendapatan berbanding 14.0 peratus yang dimiliki oleh isirumah berpendapatan 40 peratus terendah. Pekali Gini, satu ukuran keseluruhan jurang pendapatan mencatatkan peningkatan kecil daripada 0.4421 pada tahun 1990 kepada 0.4432 pada tahun 1999 menunjukkan pengagihan pendapatan yang merosot sedikit dalam tempoh RRJP2.

2.32 Kualiti Hidup. Secara keseluruhannya, kualiti hidup dalam tempoh Rancangan menunjukkan peningkatan yang mantap di mana indeks komposit Kualiti Hidup Malaysia meningkat sebanyak 12 mata seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-7. Peningkatan yang ketara telah dicatatkan dalam bidang persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, pendidikan, perumahan serta budaya dan masa lapang kecuali bidang keselamatan awam dan kualiti alam sekitar berikutan terdapatnya lebih banyak laluan kepada kemudahan-kemudahan yang lebih baik.
2.33 Kemajuan yang ketara telah dicapai dalam meningkatkan kualiti hidup di semua negeri melalui penyediaan secara berterusan kemudahan sosial dan infrastruktur yang mencukupi bagi penduduk di luar bandar dan bandar. Ini telah dicerminkan oleh petunjuk sosioekonomi seperti bilangan motokar dan motosikal yang berdaftar bagi setiap 1,000 penduduk, telefon bagi setiap 1,000 penduduk serta kadar kematian bayi dan bilangan doktor bagi setiap 10,000 penduduk. Dari segi kemudahan asas, negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu masih berada di bawah kadar purata negara sebanyak 91.2 peratus bagi liputan bekalan air paip manakala bekalan elektrik pula, hanya Sabah dan Sarawak masih berada di bawah kadar purata negara. Kawasan yang sukar dilalui dan wujudnya daerah yang terpencil telah menyukarkan penyaluran bekalan air paip dan elektrik.
2.34 Penyusunan Semula Ekuiti. Pemilikan modal saham Bumiputera dalam sektor korporat telah meningkat daripada 19.3 peratus pada tahun 1990 kepada 20.6 peratus pada tahun 1995 tetapi menurun semula kepada 19.1 peratus pada tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-8. Dalam nilai mutlak, pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat daripada RM20.9 bilion pada tahun 1990 kepada RM59.4 bilion pada tahun 1999. Pada akhir tempoh RRJP2, sejumlah 19.6 peratus syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat berada di bawah kawalan Bumiputera. Peratusan syarikat Bumiputera dalam semua sektor ekonomi masih lagi rendah iaitu antara 8.7 hingga 32.6 peratus di mana kebanyakannya tertumpu dalam sektor pertanian, pembinaan dan pengangkutan.
2.35 Dalam tempoh separuh masa pertama RRJP2, pemilikan ekuiti bukan-Bumiputera telah meningkat dengan ketara daripada RM50.8 bilion pada tahun 1990 kepada RM125 bilion pada tahun 1999, walaupun peratusan ekuiti saham korporatnya telah menurun daripada 46.8 peratus pada tahun 1990 kepada 40.3 peratus pada tahun 1999. Galakan pelaburan asing untuk merangsang pertumbuhan dan mempercepatkan pemulihan ekonomi telah menghasilkan peningkatan yang nyata dalam pemilikan modal ekuiti asing dalam sektor korporat daripada 25.4 peratus kepada 32.7 peratus dalam tempoh yang sama. Pemilikan asing yang tertinggi telah dicatatkan dalam bidang seperti pembuatan, utiliti serta perdagangan borong dan runcit.
2.36 Program penswastaan terus menjadi alat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat. Dalam hal ini, pelbagai garis panduan telah dirangka termasuk peruntukan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti kepada Bumiputera oleh syarikat yang menjalankan projek penswastaan, peruntukan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kerja kontrak projek penswastaan utama kepada kontraktor Bumiputera dan keperluan bagi projek besar yang diswastakan untuk menubuh program pembangunan vendor. Sehingga bulan April 2000, sejumlah 180 buah syarikat telah diberi konsesi oleh Kerajaan Persekutuan di mana 61.0 peratus daripadanya diuruskan dan dikuasai oleh Bumiputera. Kebanyakan daripada projek penswastaan yang di kawal oleh Bumiputera adalah dalam sektor pembinaan, pembuatan, pengangkutan serta perdagangan borong dan runcit.
2.37 Penyusunan Semula Guna Tenaga. Usaha Kerajaan untuk meningkatkan peratusan guna tenaga Bumiputera bagi pekerjaan di peringkat tinggi telah diperlengkapkan lagi oleh inisiatif sektor swasta dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada Bumiputera yang layak. Hasilnya, peratusan Bumiputera dalam kategori profesional dan teknikal, termasuk guru dan jururawat telah meningkat daripada 60.5 peratus pada tahun 1990 kepada 63.8 peratus pada tahun 2000. Peratusan Bumiputera dalam kategori pentadbiran dan pengurusan juga meningkat daripada 28.7 peratus kepada 36.9 peratus dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, peratusan tersebut masih rendah berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Peratusan Bumiputera yang berdaftar dalam lapan kategori pekerjaan professional iaitu akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, jurutera, peguam, juruukur dan doktor veterinar telah meningkat daripada 20.7 peratus pada tahun 1990 kepada 28.9 peratus pada tahun 1999.
2.38 Guna tenaga Bumiputera dalam beberapa sektor utama terus meningkat, menggambarkan pengukuhan dan peralihan dalam struktur guna tenaga Bumiputera dari sektor pertanian ke sektor lain ekonomi terutamanya sektor pembuatan, kewangan dan pengangkutan. Peratusan Bumiputera dalam sektor pembuatan adalah sebanyak 49.1 peratus, lebih rendah berbanding peratusan Bumiputera dalam sektor pertanian sebanyak 61.6 peratus. Dalam sektor pembuatan, sebilangan besar Bumiputera bekerja dalam industri seperti elektrik dan elektronik, tekstil dan keluaran tekstil, kayu dan keluaran kayu serta keluaran makanan.
2.39 Pembangunan MPPB. Dalam tempoh RRJP2, tumpuan telah diberikan kepada pembangunan MPPB yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan melalui pelbagai program pembangunan keusahawanan. Sektor swasta telah menyumbang kepada usaha tersebut dengan melaksanakan program seperti pembangunan vendor dan francais serta usaha sama. Pelaksanaan program untuk membangunkan MPPB juga telah menyumbang kepada peningkatan bilangan usahawan Bumiputera dalam kedua-dua sektor korporat dan bukan korporat. Terdapat kira-kira 697,000 usahawan Bumiputera yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan dalam tempoh RRJP2. Di samping itu, sejumlah kira-kira 57,700 syarikat Bumiputera telah berdaftar dengan Pendaftar Syarikat dalam tempoh yang sama. Walaupun sebilangan besar usaha niaga Bumiputera telah dibangunkan dalam sektor ekonomi yang moden dan dinamik, kesan keseluruhannya masih terhad memandangkan asas perusahaan Bumiputera yang kecil di samping modal yang tidak mencukupi, kekurangan pengalaman dan kemahiran pengurusan serta terlalu bergantung kepada bantuan dan kontrak Kerajaan. Di samping itu, krisis ekonomi pada tahun 1998 telah menjejaskan prestasi perusahaan Bumiputera. Walaupun bilangan usaha niaga Bumiputera dalam sektor ekonomi yang moden dan dinamik telah meningkat, sebilangan besar usahawan Bumiputera tertumpu dalam sektor pembinaan dan aktiviti perkhidmatan di peringkat rendah seperti pengagihan gas, operasi stesen minyak dan pengurusan agensi pelancongan.
2.40 Teras pembangunan wilayah adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan antara negeri serta antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam tempoh RRJP2, negeri yang terlibat dalam aktiviti sektor moden telah berupaya mencapai pertumbuhan yang pesat berbanding dengan negeri yang bergantung kepada aktiviti pertanian. Ini telah meluaskan jurang ekonomi antara negeri yang lebih maju iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perak dengan negeri yang kurang maju iaitu Pahang, Kedah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan dan Sabah. Di samping itu, nisbah jurang pendapatan antara isirumah luar bandar dan bandar telah meningkat daripada 1:1.7 pada tahun 1990 kepada 1:1.81 pada tahun 1999. Bagi meningkatkan pembangunan negeri yang kaya dengan tanah dan sumber asli seperti Sabah dan Sarawak, pelaburan dalam pengeluaran pertanian terutamanya tanaman estet telah digalakkan. Begitu juga penyatuan tanah dan pengeluaran tanaman secara komersil telah digalak untuk mengembangkan ekonomi luar bandar. Sejumlah 744,350 hektar tanah telah disatukan, ditanam semula dan dipulihkan dalam tempoh RRJP2.
2.41 Bagi mempergiatkan lagi pembangunan luar bandar, Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar telah diperkenalkan di mana orientasinya telah beralih daripada pembangunan fizikal kepada penekanan yang seimbang bagi kedua-dua pembangunan manusia dan fizikal. Di samping itu, badan-badan berkanun dalam sektor pertanian telah diperkemas dan diperkukuhkan bagi membolehkan mereka menyumbang dengan lebih berkesan kepada pembangunan luar bandar. Dalam hal ini, beberapa agensi telah diswasta atau dirombak. Dua buah lembaga pembangunan wilayah iaitu Lembaga Pembangunan Pahang Tenggara dan Lembaga Pembangunan Jengka telah diswastakan sementara unit pengurusan bagi lima projek pembangunan integrasi pertanian di luar kawasan jelapang padi telah ditutup.
2.42 Peluang ekonomi yang lebih banyak di pusat-pusat bandar terus menjadi daya tarikan penghijrahan masuk migran yang seterusnya telah meningkatkan pemusatan penduduk di kawasan tersebut. Pada tahun 1991, kawasan bandar telah didefinasikan semula dengan mengambil kira penggabungan kawasan dan kawasan binaan. Dengan itu, saiz penduduk bandar telah meningkat daripada 8.9 juta pada tahun 1991 kepada 14.4 juta pada tahun 2000 dan kadar perbandaran telah meningkat daripada 50.7 peratus pada tahun 1991 kepada 61.8 peratus pada tahun 2000. Pertumbuhan pesat sesetengah bandaraya dan bandar besar telah memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan sosial yang berkualiti. Sebagai tindak balas kepada peningkatan dalam kadar perbandaran, usaha telah diambil bagi memperbaiki perkhidmatan di bandar dan keupayaan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Dalam tempoh RRJP2, Kota Kinabalu dan Shah Alam telah diisytiharkan sebagai bandaraya dan Majlis Daerah seperti Ampang Jaya, Selayang, Subang Jaya, Temerloh dan Kluang telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran. Di samping itu, Kerajaan telah melaksanakan dasar untuk memperluaskan pembangunan di luar kawasan pusat bandar yang sedia ada ke kawasan sekelilingnya seperti Prai, Serdang, Senawang dan Pasir Gudang.
2.43 Pembinaan dan menaik taraf jalan raya dan lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Damansara-Puchong telah menghasilkan lebih banyak pembangunan di beberapa bandar yang sedia ada seperti Nilai, Bandar Baru Kelang dan Bandar Bukit Puchong serta penubuhan bandar baru seperti Kota Kemuning. Di samping itu, tempoh tersebut turut menyaksikan pembangunan beberapa inisiatif baru termasuk pembangunan bandar yang mempunyai ciri-ciri istimewa seperti Taman Hi-Tech Kulim, Putrajaya, Cyberjaya dan Kertih.
2.44 Dalam tempoh RRJP2, kerjasama ekonomi rantau kecil dengan negaranegara jiran telah digalakkan lagi dengan penubuhan tiga Kawasan Pertumbuhan Segitiga iaitu Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Singapura, Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina. Penubuhan kawasan segitiga tersebut telah membuka peluang perdagangan dan pelaburan baru di kalangan negara yang turut serta. Sektor swasta telah diberikan peranan utama sementara kerajaan negara yang terlibat telah bertindak sebagai pemudahcara dalam pembangunan dan pelaksanaan projek-projek usaha sama dalam kawasan tersebut. Sebuah mekanisma perundingan tiga peringkat yang melibatkan sektor awam dan swasta juga telah diwujudkan bagi memperkemaskan prosedur serta memudahkan perdagangan dan perniagaan dalam kawasan berkenaan.
IV : PENUTUP

2.45 Strategi serta dasar RRJP2 telah menyumbang ke arah pengukuhan dan pemodenan asas industri negara. Negara telah mencapai pertumbuhan yang pesat walaupun dilanda krisis kewangan pada tahun 1997-1998. Ini telah diiringi oleh pertambahan yang ketara dalam tahap pendapatan dan peningkatan dalam kualiti hidup rakyat Malaysia dengan kemajuan yang nyata dalam pengurangan kadar kemiskinan.

kertas percubaan kedah

·         kertas percubaan dan skema jawapan pengajian am kertas 2 negeri kedah tahun 2011

laras sastera 
1. Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.
 Jelaskan kepentingan pengiktirafan ini dan langkah-langkah untuk mempopularkan Tapak Warisan Dunia yang terdapat di Malaysia.
 A. Kepentingan pengiktirafan
1. Menjaga warisan bangsa daripada pupus
-Generasi muda akan datang dapat melihat sendiri warisan masa lampau yang terdapat di negara ini.
-Generasi muda tentunya berasa bangga mempunyai warisan yang tersendiri dan tidak ketinggalan daripada negara-negara lain di dunia.
2. Menambah pendapatan negara
-Tapak-tapak warisan merupakan sumber material yang berharga dan menyumbang ke arah perkembangan ekonomi.
-Kedatangan pelancong asing memberikan sumbangan pendapatan kepada negara.
-Pulangan ekonomi yang tinggi kepada pelbagai sektor termasuk agen pelancongan, operator pelancongan dan pemilik premis.
3. Memperkenalkan Malaysia di mata dunia
- Menjana industri pelancongan 
- Menjanjikan pengalaman bukan sahaja dari segi akitektur dan sejarah, malah kebudayaan tempatan yang tidak mungkin diperoleh di tempat lain.
- Membuka mata masyarakat dunia melancong dan melawat bandar warisan di Malaysia
4. Menaiktarafkan tapak warisan dunia
- Memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah, monumen, kawasan bandar, aspek sosio ekonomi, budaya dan tapak sejarah.
- Memulihara bandar warisan dan dibangunkan bagi menjaga warisan sedia ada.
Contoh: Perbadanan Muzium Melaka(PERZIM) menjalankan kerja-kerja 
pengekalan, pemuliharaan dan menguruskan bangunan dan monumen warisan.
- Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Tempatan menyediakan pengetahuan dan kaedah latihan yang terbaik dalam bidang pemuliharaan bandar warisan.
5. Imej di peringkat antarabangsa
- Negara Malaysia akan tersenarai sebagai salah sebuah negara di dunia yang mempunyai tapak warisan dunia.
- Minat pelancong hari ini adalah melancong ke bandar yang tersenarai sebagai warisan dunia.
Pelancong yang cintakan sejarah dapat merasai sendiri pengalaman, mendalami sejarah dan budaya masyarakat tempatan
B. Langkah-langkah
1. Mewujudkan kesedaran masyarakat
- Menyedarkan masyarakat tempatan tentang kepentingan tapak-tapak warisan dunia.
- Masyarakat sepatutnya menghargai dan memulihara tapak-tapak warisan dunia.
- Mengubah sikap dalam menilai dan menghargai tapak warisan sebagai aset dalam industri pelancongan negara.
7. Kerajaan kenal pasti tapak atau bandar warisan negara
- Kerajaan kenal pasti tapak atau bandar warisan yang berpotensi digazetkan sebagai tapak warisan dunia .
- Contoh: Melaka, Pulau Pinang, Taiping, Kota Bharu dan Taiping
8. Warta sebagai aset pelancongan

- Menjadikan tapak atau bandar warisan sebagai aset utama industri pelancongan negara.
- Pelancong akan datang ke negara ini kerana berminat dengan tarikan tersendiri yang ada di sini.
9. Promosi
- Mendapatkan pengiktirafan UNESCO dan menyenaraikan tapak atau bandar warisan di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia.
- Elemen warisan dipromosikan sebagai salah satu produk utama pelancongan negara yang tidak terdapat di tempat lain.
10. Meningkatkan pengurusan oleh pelbagai pihak
- Pengurusan industri pelancongan dijalankan dengan efektif oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta.
- Menambah pakar teknikal dan pekerja mahir dalam menjalankan kerja-kerja pemuliharaan tapak atau bandar warisan.
- Menambah tenaga professional dalam pengurusan tapak atau bandar warisan.
- Kenal pasti kaedah pemuliharaan yang perlu dijalankan dan menentukan dana peruntukan untuk kerja-kerja pemulihan.


2. Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi, namun masih ramai lagi yang tidak serik-serik untuk melakukan aktiviti tersebut.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan langkah-langkah menanganinya.
A : PUNCA
1. Terpengaruh dengan rakan
- rakan sebaya memainkan peranan dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja
- remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi
2. Perasaan ingin mencuba
- desakan naluri remaja suka mencuba dan tidak takut kepada resiko yang bakal ditempuhi
- mereka berani melakukan apa sahaja
- mereka mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa- 
apa sahaja yang dipaparkan oleh media
3. Tuntutan ego remaja
- hendak menunjukkan kehebatan, keberanian,kemahiran dan sebagainya
4. Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
-kurangnya kasih sayang dan perhatian turut 
mempengaruhi tindakan dan sikap remaja
- apabila mereka bosan, mereka mengambil jalan mudah 
dengan mencari hiburan di luar bersama rakan-rakan
- sikap ibu bapa yang suka berleter juga menyebabkan 
remaja bosan duduk di rumah 

B:LANGKAH MENGATASI
5. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
- berikan didikan agama,kasih sayang dan perhatian secukupnya kepada anak-anak agar anak-anak merasakan diri mereka dikasihi dan dihargai 
- jangan biarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya
- Luang sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak
- bertanyalah masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka 
- Pastikan rakan sebaya anak-anak mereka
6. Tindakan undang-undang
- Pasukan polis hendaklah menangkap mereka yang terlibat dalam kegiatan ini
- Tangkapan yang dibuat mesti diiringi dengan tindakan yang lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada
- Pihak berkuasa juga harus membuat pemantauan yang berterusan
7. Peranan masyarakat
- amalkan budaya “jaga tepi kain orang” secara positif
- amalan tegur-menegur anak-anak jiran tetangga yang kita dapati melakukan perkara-perkara yang negatif 
- Membantu pihak polis dalam melaporkan kejadian lumba haram yang berlaku di kawasan masing-masing
- dekati “Mat-mat Rempit” dengan berhemah dan hikmah serta berinteraksi secara matang dengan golongan ini dan jangan memperlakukan mereka seperti budak kecil
8. Peranan NGO
- Misalnya Pertubuhan Belia 4B, Rakan Cop, Rukun Tetangga dan sebagainya mengadakan aktiviti yang menarik minat remaja yang bermasalah
- mengadakan perlumbaan di trek yang sebenar kepada remaja yang berminat dengan perlumbaan
9. Kempen-kempen kesedaran
- adakan kempen kesedaran melalui media massa tentang keburukan aktiviti lumba haram
- membuat iklan tentang keburukan lumba haram dan implikasinya terhadap remaja, keluarga, dan negara.

laras sains
3. “Bunyi yang tidak disukai akan memberi ketidakselesaan kepada manusia. Bunyi yang tidak memberikan apa-apa informasi dan kekuatannya sering berubah secara mendadak dari semasa ke semasa”.
Bincangkan faktor-faktor pencemaran bunyi dan kesannya kepada manusia.
Pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia. Bunyi yang tidak dikehendaki dikenali pencemaran bunyi.
A.faktor-faktor Pencemaran Bunyi 
1.Ulangan (Hz)
- Lebih tinggi ulangan maka lebih tinggi ketidakselesaan
- Kepelbagaian bunyi bising akan membentuk kepelbagaian frekuansi bunyi bising.
- Sebagai contoh hentakan impuls dan kebisingan selang seli
- Sebagai contoh bunyi dari kegiatan perindustrian, pembinaan dan sebagainya
2.Kekuatan bunyi (dB)
- Lebih tinggi/ kekuatan sesuatu bunyi, lebih tinggi pula kadar kacauganggu ke atas individu
3.Kekerapan dan tempoh
- Bunyi bising berterusan akan memberikan kacauganggu dari bunyi yang tidak kerap kedengaran
4. Keperluan/ kepekaan
- Jika sesuatu bunyi dihasilkan difikirkan tidak perlu, ketidakselesaan akan bertambah
- Kepekaan seseorang terhadap bunyi bising akibat pertambahan bilangan kenderaan dan kebisingan sepanjang masa akan menyebabkan kerisauan.
- Perkembangan dunia hiburan dan teknologinya yang menyebabkan kadar bunyi yang tinggi melebihi had pendengaran manusia
Kesan .
5.Kesan Semerta
- Disebabkan bunyi yang kuat (> 120 dB)
- Menyebabkan pecah selaput tympanum, kerosakan tulang kecil pendengaran.
- Hilang pendengaran kekal
- Sekiranya bekerja di tempat yang bising pendengaran akan pulih semula setelah 12 jam keluar dari suasana bising
6.Kesan Kronik
- Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat (>85 dB – 5 tahun, > 8 jam sehari)
- Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia lebih tinggi.
- Pendedahan berulang akan menyebabkan pendengaran tidak akan kembali kepada keadaan normal
7.Kesan Fisiologi
- Meningkatkan tekanan darah dan hipertensi
- Meningkatkan pergerakan otot
- Meningkatkan pergerakan gastrik pembesaran pupil
8.Kesan Psikosomatik
- Sakit kepala, pening, loya, muntah.
- Pergerakan mata tak dapat dikawal
- Hilang imbangan diri
- Kesan kepada ibu mengandung
9.Kesan psikologi
- Berlakunya gangguan percakapan Ulangan tinggi dan intensiti yang kuat akan menyebabkan ketidakselesaan
- Keletihan
- Gangguan saraf dan ketegangan
- Sering cemas dan mudah marah

no 4. Teknologi Hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar untuk memelihara sumber dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Bincangkan kepentingan teknologi Hijau kepada manusia.
1.Sumber tenaga yang bersih
- Penjanaan kuasa hidro
- Teknologi persekitaran dan teknologi bersih
- Menjamin pengekalan alam semulajadi
- Menjamin persekitaran hidup bersih dan sihat
- Meningkatkan penggunaan tenaga daripada senber angin dan ombak
- Meningkatkan penggunaan tenaga solar
2.Pengekalan Sumber –mesra alam
- menggunakan enjin hybrid
- Mengurangkan pencemaran asap kenderaan
- Kenderaan berkuasa elektrik dan bahan api bio
- Menjimatkan minyak
- Kurangkan pelepasan karbon dioksida
- Program kitar semula bahan buangan,dan rawatan sisa buangan
3.Mengekalkan keseimbangan iklim dan cuaca
- Mengurangkan kesan perubahan cuaca
- Mengelakkan bencana alam seperti ribut,taufan banjir,tsunami
- Mengelakkan hujan asid
- Mengurangkan kesan rumah hijau-elakkan pemanasan global
4.Mengekal dan memulihara sumber air bersih
- Air yang banyak dari sumber semulajadi seperti sungai,tasik dan empangan
- Mengelakkan pencemaran air dan degradasi kualiti air sungai
- Menyalurkan air yang bersih seperti air bawah tanah
5. Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)
- Dilakukan oleh penyelidikan untuk mencari maklumat baru
- Universiti juga membuat P & P untuk teknologi hijau dan bersih
- Semua pihak digalakkan membuat P & P untuk membantu
6.Pembangunan Lestari
- Penjimatan tenaga air dan bahan pembuatan
- Mesra alam,berdasarkan piawaian setempat
- Tidak menjejaskan kesihatan penghuni
- Kurang impak terhadap alam sekitar
- Lebihan bahan tidak memberi kesan kepada alam sekitar
- Bumbung bangunan direka supaya air hujan dapat dikumpulkan dan digunakan semula
- Penggunaan peralatan paip air dapat meminimumkan penggunaan air seperti Low flash toilet,low flow shower
- Pastikan ventilasi pengudaraan dan penapisan bangunan baik
7. Sumber tenaga baru
- Tenaga daripada sumber angin dan ombak
- Tenaga daripada hasil pertanian dan bahan buangan pertanian


5a. “Bagi merealisasikan matlamat pembangunan modal insan, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.”

(Dipetik daripada Arbain Muhayat, www.ipislam.edu.my
21 Disember 2008)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan
pembangunan modal insan.
Jawapan
5(a).i. Insan yang memiliki personaliti unggul/ individu yang cemerlang dalam kerjaya dan sahsiah terpuji .(2M)
individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang 
tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, 
kreatif, sihat bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. (1M)

(ii)1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti. 
-Kemudahan pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi 
akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti.

2.- Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.
- koridor pembangunan ekonomi - membuka peluang pekerjaan
- Para pelabur membuka kilang di Malaysia- meningkatkan budaya kerja yang tinggi.
- Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi, penguasaan bahasa asing 
menghasilkan masyarakat berdaya saing. 

3. - Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.
- Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 

4. - Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.
- Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang 
- Penekanan kepada m/p P. Islam, P.Moral dan Sivik dan Kewarganegaraan 
- Program Islam Hadhari 

5.- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.
- Pelaksanaan PLKN melahirkan belia berdisiplin.
- Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan 

5 (b) “Ciri penting yang menunjukkan seseorang pelajar itu menghadapi kecelaruan tingkah laku ialah berkelakuan ganas. Mereka juga merasa tidak berguna, anti sosial dan rasa rendah diri. Hal ini akan menyebabkan mereka sering terlibat dengan tingkah laku buruk seperti merosakkan harta benda, mencuri dan membuli semata-mata untuk menimbulkan perasaan yang menyeronokkan dalam diri mereka.”
(Dipetik dan diubahsuai dari Konflik pelajar Agreasif,Ganas 
Dan memberontak, Dewan Masyarakat, Julai 2009)

i. Apakah ciri yang menunjukkan seseorang pelajar berhadapan dengan masalah 
kecelaruan tingkah laku?
Menunjukkan tingkah laku ganas dan menghadapi konflik dalaman (2M)

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah kecelaruan tingkah laku anak-anak.
Peranan ibu bapa:
1. menjadi model kepada anak-anak
2. mengamal cara hidup positif – tunjukkan sikap penyayang dan prihatin
3. menyemai dan mengamal ajaran agama dan moral
4. wujudkan interaksi mesra dengan anak-anak
5. beri peluang kepada anak-anak meluahkan perasaan
6. bincang masalah dengan anak secara terbuka


6(a) ” Batu karang termasuk terumbu karang, bunga karang dan juga batu karang jenis hidupan merupakan struktur arogonit yang dihasilkan oleh organisme hidup yang boleh didapati di perairan laut yang mengandungi nitrien. Karang tersebut akan terbentuk melalui proses biologi dan fizikal termasuk proses pemejalwapan dari persekitaran laut masin dan air tawar”
(Dipetik dan diubahsuai dari Batu Karang Hidupan Marin yang 
Unik, Dewan Kosmik, Februari 2011)
i. Apakah yang dimaksudkan dengan batu karang?
jawapan : Struktur aroganik hasil daripada organisma hidup (2M)
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan punca berlakunya 
ancaman terhadap terumbu karang hingga membawa kepada kepupusan hidupan tersebut?
jawapan : Punca kepupusan:
- hasil daripada perubahan cuaca
- peningkatan tahap keasidan laut
- aktiviti penangkapan ikan-bom ikan
- penggunaan tanah pantai untuk pembangunan
- sisa baja daripada aktiviti pertanian-galak pertumbuhan alga
- aktiviti carigali minyak dan tumpahan mimyak

6 (b) “Sampah atau lebih dikenali sebagai sisa pepejal dari segi teknikal dikelaskan sebagai sumber. Sumber sisa pepejal perbandaran jika diuruskan secara mampan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Salah satunya adalah sebagai sumber gas untuk bekalan elektrik yang merupakan sebahagian daripada pengurusan pembangunan mampan dan teras kepada penggunaan teknologi hijau.
(Dipetik dan diubah suai daripada Tenaga Boleh Diperbaharui 
daripada Sisa Pepejal, Dewan Kosmik, Ogos 2010)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan sampah?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat daripada 
pengurusan sisa pepejal yang dilakukan secara sistematik.

JAWAPAN
i. Sampah merujuk kepada bahan buangan yang boleh dikitar semula. (2M)
ii. Manfaat pengurusan sisa pepejal secara sistematik 
1) Sebagai sumber gas untuk bekalan elektrik
2) Mengurangkan penubuhan tapak pelupusan sampah yang mengandungi metana
3) Mengurangkan pencemaran
4) Bahan atau produk baru
5) Kurangkan penggunaan sumber

Bahagian D
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan panjang jalan raya mengikut jenis dan bidang kuasa mengurus dalam jangka masa yang diliputi.
Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah wang kepada kerajaan-kerajaan negeri. Peruntukkan ini berdasarkan kepada 2 perkara utama iaitu bilangan penduduk dan panjangnya jalanraya. Jalan raya yang digunakan sebagai alat perhubungan utama di Malaysia ini dibahagi kepada pelbagai jenis dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Jalan raya berturap paling panjang terdapat di Malaysia berbanding dengan jalan raya jenis lain. Pada tahun 2000, daripada jumlah besar 66445km jalan raya di seluruh Malaysia 50621km merupakan jalan raya berturap. Daripada jumlah ini, Kerajaan Persekutuan menguruskan jalan berturap sepanjang 14776km. Pada tahun yang sama, jalan kerikil yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 11641km manakala Kerajaan Persekutuan cuma mengurus 352km sahaja. Bagi jalan tanah pula, Kerajaan Persekutuan menguruskan sepanjang 503km manakala bakinya diuruskan oleh Kerajaan Negeri.
Pada tahun 2002 pula, tiada banyak perubahan yang dicatat dalam pengurusan jalan berturap oleh Kerajaan Persekutuan yang mencatatkan 14891km kalau dibandingkan dengan nilai 2 tahun dahulu. Tetapi, jalan berturap yang diurus oleh Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak 5612km berbanding dengan tahun 2000. Jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2002 kekal panjangnya seperti tahun 2000. Cuma jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan kecil menjadi 11659km. Daripada jumlah besar 72165km jalan raya tahun 2002, Kerajaan Persekutuan cuma mengurus 503km jalan tanah manakala bakinya diurus oleh Kerajaan Negeri.
Pada tahun 2004 pula, jumlah panjang jalan raya di Malaysia telah meningkat sebanyak 5530km berbanding dengan tahun 2002. Jalan berturap pada tahun tersebut adalah sepanjang 59254km, yang pengurusannya oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah 15917km dan 43337km masing-masing. Jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan telah berkurangan sedikit kepanjangannya dan cuma mencatatkan 114km sahaja. Sebaliknya, jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak 3365km jika dibandingkan dengan tahun 2002. Manakala jalan tanah yang diurus kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menurun kepanjangannya kepada 243km untuk Kerajaan Persekutuan dan 3060km untuk Kerajaan Negeri.
Sebenarnya, pembinaan dan pengurusan jalan merupakan projek yang banyak menelan belanja. Namun demikian, kerajaan mengarahkan agar peruntukan wang untuk projek ini diteruskan demi kebajikan sosial rakyatnya.
(Sumber:Dipetik dan disesuaikan daripada
Jabatan Kerja Raya Malaysia, 2005)


8. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan eksport barangan pembuatan Malaysia antara tahun 2006 dengan 2007.

Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 telah menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pada tahun 2006. Usaha yang lebih gigih diperlukan bagi meningkatkan lagi jumlah eksport barangan pembuatan Malaysia.
Setelah mencatatkan kejatuhan yang ketara sebanyak 5.3 peratus pada tahun 2006, eksport barangan elektronik, jentera dan perkakasan elektrik terus merosot daripada RM 300,787 juta pada tahun 2006 kepada RM 288,326 juta pada tahun 2007. Kemerosotan ini disebabkan oleh peningkatan nilai ringgit yang menyebabkan harga barangan keluaran Malaysia menjadi agak tinggi di pasaran dunia.
Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, pengeksportan produk kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM 14,791 juta pada tahun 2006 kepada RM 14,391 juta pada tahun 2007.
Pada tahun 2007, pengeksportan produk getah pula mengalami perubahan yang agak sedikit, iaitu daripada RM 9,332 juta pada tahun 2006 kepada RM 10,588 juta pada tahun 2007. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar utama produk getah dengan menyumbang sebanyak 47 peratus daripada keperluan dunia.
Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai eksportnya. Pada tahun 2006 eksport produk petroleum bernilai RM 23,930 juta dan telah menokok sebanyak RM 2,159 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga turut membantu perkembangan dalam pengeksportan kimia, produk kimia dan plastik. Pada tahun 2006 nilai eksport kimia, produk kimia dan plastik adalah sebanyak RM 37,716 juta dan telah melonjak kepada RM 41,572 juta pada tahun 2007.
Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaaan telah mengalami penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan daripada negara pengeluar lain yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006 nilai eksport sebanyak RM 8,559 juta menyusut kepada RM 8,384 juta. Eksport besi, keluli dan produk logam telah mengalami peningkatan yang agak ketara. Negara pengimport utama produk ini ialah China, yang sedang dalam persiapan akhir untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Beijing 2008. Eksport pada tahun 2007 adalah sebanyak RM 26,695 juta setelah mengalami peningkatan sebanyak RM 3,774 juta daripada tahun sebelumnya.
Tekstil, pakaian dan kasut antara barangan eksport Malaysia yang mendapat saingan hebat daripada negara pengeluar lain, terutamanya negara China. Keadaan ini telah menyebabkan nilai eksportnya mengalami sedikit kemerosotan, iaitu RM 10,925 juta dan RM 10,631 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Jabatan Perangkaan Malaysia 2008)